Jika batuk yang kronik yang ada kaitan dengan keradangan, pengambilana asid lemak Omega-3 mungkin dapat membantu. Asid lemak omega-3 bagus untuk menggalakkan sintesis PGE3 prostaglandin, yang mempunyai aktiviti anti-radang. Omega 3 juga memberi kesan baik buat pesakit asma.
Batuk dan selesama semakin menjadi jadi di kalangan kanak kanak. Ia seakan menjadi kebiasaan pula terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan. Batuk dan selesa sering disebabkan jangkitan virus. Ia sering terjadi pada kanak kanak kerana daya ketahahan mereka tidak sekuat orang dewasa, apalagi bayi.
Jika batuk dan selesema berlanjutan sehingga melebihi seminggu atau menjadi semakin teruk, ibu bapa tidak boleh berdiam diri lagi. Rawatan atau terapi perlu dilakukan. Punca batuk dan selesama kena kenal pasti.
Kebiasaanya, batuk dan selsema tidak akan berpanjangan. Bermula dengan demam, kemudian batuk. Lama kelamaan, batuk akan reda dan nafas biasanya tidak kencang seperi sedang aktif. Jika masih tidak baik, jangan tunggu lagi. Jangkitan paru paru yang lebih serius mungkin berlaku.
Saya kongsikan punca lain termasuk jangkitan paru-paru (pneumonia), alahan seperti allergic rhinitis (resdung) dan asma untuk bacaan ibu bapa supaya lebih aware jika anak batuk dan selesema.
Tanda yang anak mungkin mengalami jangkitan paru-paru ialah:
demam (suhu tinggi)
nafas laju
dada berombak
apabila anak bernafas, ada lekuk di antara tulang rusuk
hidung mungkin kembang kuncup
Pneumonia dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan doktor dan juga menerusi sinaran-X. Jika doktor mengesyaki anak menghidap pneumonia, antibiotik akan diberi bersama ubat demam. Jika ada bunyi berdehit, rawatan spesifik akan diberi.
Kebanyakan kes pneumonia sembuh tanpa komplikasi. Bagaimanapun, ada beberapa kes dengan komplikasi seperti cecair atau nanah di dalam paru-paru berlaku.
Dalam kes sebegini, pembedahan mungkin diperlukan untuk memasukkan tiub bagi mengeluarkan cecair atau nanah. Komplikasi sebegini lebih kerap berlaku dengan jangkitan kuman seperti pneumokokkus dan staphylokokkus.
Alahan dan asma
Batuk dan selesema mungkin disebabkan alahan yang juga boleh menyebabkan asma. Biasanya punca gejala dalam kes sebegini ialah habuk, asap terutama asap rokok, debunga dan bulu haiwan seperti kucing, arnab dan anjing.
Julat gejala apabila terdedah kepada alergen (bahan yang menyebabkan alahan) agak luas, daripada bersin setiap pagi (sering dikenali sebagai resdung) kepada berdehit. Di samping itu, mungkin juga ada tanda lain seperti ekzema pada kulit.
Allergic rhinitis
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sering selesema pada waktu pagi dan ‘sembuh’ apabila tengah hari. Mereka menjadi sihat dan aktif seperti biasa. Kadangkala hidung berasa tersumbat dan apabila diperiksa, didapati sama ada banyak hingus di dalam rongga hidung atau tisu dikenali sebagai ‘inferior turbinate’ bengkak.
Secara amnya, punca alahan membabitkan:
asap, terutama asap rokok
habuk, termasuk yang terperangkap pada mainan berbulu dan permaidani
bulu haiwan peliharaan
debunga
wangian
Asma
Asma ialah tindak balas paru-paru terhadap alahan iaitu saluran pernafasan (bronkus) menjadi sempit akibat pendedahan kepada alahan.
Ini menyebabkan pesakit mengalami batuk serta kesukaran bernafas. Tidak semua kanak-kanak yang mempunyai asma mengalami berdehit.
Tanda asma termasuk:
batuk pada waktu malam dan awal pagi
batuk atau berdehit selepas bermain
nafas laju dan dada berombak
lekuk di antara tulang rusuk dan di leher ketika bernafas
kedengaran bunyi nada tinggi ketika bernafas. Ini dikenali sebagai berdehit
Jika anak mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat dalam bentuk nebuliser di klinik. Ini akan disusuli dengan ubat sama dalam bentuk ‘inhaler’ atau ubat air.
Rawatan pencegah dalam bentuk inhaler diberi kepada kanak-kanak yang mengalami batuk malam lebih tiga malam seminggu, yang mengalami serangan asma kerap atau serius.
Ubat ini perlu digunakan setiap hari walaupun anak sihat untuk mengelak terkena serangan. Di samping menggunakan ubat, doktor akan menasihati supaya menghindari punca alahan.
Alahan dan asma ialah masalah keturunan. Oleh itu, jika ibu bapa mengalami masalah ini, kemungkinan besar anak juga mengalami masalah sama. Ia tidak boleh disembuhkan.
Tujuan rawatan ialah menghindari serangan supaya anak aktif seperti biasa dan dapat mengambil bahagian dalam aktiviti di sekolah.
Biasanya kekerapan serangan berkurangan apabila kanak-kanak membesar. Bagaimanapun, perlu diingatkan, serangan asma boleh menjadi serius dan dalam kes tertentu, boleh membawa maut. Oleh itu, pemantauan rapi dan penggunaan ubat dengan betul adalah penting.
Kebiasaanya, saya akan mencadangkan omega guard dan mealshakes untuk kanak kanak supaya daya ketahanan terhadap sakit lebih tinggi dan memberi kelegaan untuk paru paru. InsyaAllah, penggunakan nebuliser akan berkurangan. Ini adalah altenatif supplemen semulajadi. Ia bukan bertujuan untuk merawat.
Retail Price : RM136
No comments:
Post a Comment